TIPS BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE

Saya amat berbesar hati berkongsi kepada anda TIPS BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE. Teknik berkesan yang biasa saya kongsikan ini dinamakan ‘TEKNIK 3P’. Apa yang saya berikan ini adalah perdasarkan dari pelajaran dari guru bisnes saya  dan pengalaman bersama usahawan.

1. Produk-Pelanggan

Pelanggan.

Kenapa saya kata pelanggan dulu? Pertama Kerana ramai usahawan yang perniagaannya gagal kerana gagal mengenali pelanggan mereka dan Kedua:  menjual produk yang salah kepada mereka.

Selesaikan masalah mereka. Dimana ada masalah, disitu ada penyelesaiannya.

Produk / Perkhidmatan

Setelah anda mengenali pelangan barulah anda tawarkan penyelesaian kepada mereka.

Contoh:

  1. Masalah jeragat: anda tawarkan produk pencuci muka untuk jeragat.
  2. Masalah public transport: tawarkan khidmat uber / grabcar.

Nampak tak? Tapi nasihat guru saya, kalau tiada IDEA nak jual produk apa, anda boleh mulakan dari hibi atau minat anda. Ingat: untuk permulaan sahaja, kemudian anda mula mengenali pelanggan di segment yang berkaitan dan produk yang menjadi permintaan mereka.

 

2. Platform

Apabila selesai keputusan anda dengan Produk atau Perkhidmatan, anda perlu memastikan platform apa anda nak memasarkan dan seterusnya menjual. Disini disyorkan untuk menggunakan platform online yang anda biasa terlebih dahulu.

Antara platform online yang biasa digunakan:

  1.  Facebook (media sosial)
  2.  Instagram (media sosial)
  3.  Twitter (media sosial)
  4.  Wechat (media sosial)
  5.  Website
  6.  Blog
  7.  Minisite
  8. Email marketing
  9. SMS Blast
  10. Whatsapp

Dan bermacam-macam lagi tapi yang disenarai diatas adalah top 10 platform untuk anda memulakan perniagaan online. Anda dinasihatkan untuk menggunakan platform yang anda mahir dahulu kerana ia menjimatkan masa dan tenaga anda.  Anda boleh belajar menggunakan aplikasi lain apabila perniagaan anda sudah berkembang kelak. Ingat: ‘Technology soo fast”

 

3. Pemasaran

Antara kegagalan usahawan baru adalah gagal memasarkan produk/perkhidmatan mereka dengan berkesan. Kadangkala produk dah cantik dan sempurna tetapi masih gagal menjual.

Disinilah kemahiran pemasaran menuntut anda untuk: BELAJAR. Anda perlu belajar kemahiran tertentu samaada berbayar atau tidak. Paling kurang lsearch pada kaedah berkaitan dan pastikan anda menggunakan teknik yang betul. Contognya: Facebook Ads, ramai sifu diluar sana yang boleh anta menuntut ilmu.

Ada juga kaedah yang ‘zero cost’ contohnya facebook profile dan instagram. Cuma ianya memerlukan teknik yang tepat dan berkesan.

 

Akhir sekali, perkara yang paling penting bagi yang baru nak mulakan perniagaan online atau offline sekalipun. Mulakanlah perniagaan yang kecil sekiranya modal anda kecil. Kemudian kembangkan sedikit demi sedikit dengan konsisten dan dilandasan yang betul. InsyaaAllah berjaya..

Spread the word. Share this post!