Tentang Saya

Salam Sejahtera,
Blog Usahawan Printing ini bertujuan untuk memberi segala maklumat untuk anda mulakan bisnes printing.

Ianya merangkumi topik ASAS yang perlu anda tahu tentang selok belok perniagaan printing ini. Teknik dan jenis printing yang tepat. Serta pelbagai perkara berkaitan seperti: kos-kos yang terlibat, material dan pelbagai perkara penting lagi. Yang mana semua perkara tersebut anda WAJIB lalui dan ketahui. Amat penting untuk anda berada dilandasan yang betul sepanjang pembabitan awal anda dalam dunia keusahawanan.

Saya, Ahmad Faizal Bin Yahya adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang pembekalan Pakej Printing dan perpengalaman luas dalam membimbing bakal usahawan untuk mulakan langkah dalam alam perniagaan.

Matlamat yang ingin saya capai adalah untuk: membina seramai mungkin Usahawan Bumputera di Malaysia seiring dengan perkembangan ekonomi negara supaya kita tidak ketinggalan dalam arus ini. Fokus saya adalah: membimbing usahawan di laluan yang betul sepanjang pembabitan awal menceburi bidang keusahawanan dengan asas-asas yang tepat.